Friday, October 26, 2007
RAMADHAN BERLALU SYAWAL MENJELMA
Wednesday, September 19, 2007
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
Tuesday, August 21, 2007
UCAPAN PENGERUSI: "AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS"
Segala pujian bagi Allah Yang Maha Esa kerana dengan rahmat dan InayahNya Mesyuarat Agung Kali Pertama ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. Moga Allah terus memberi kekuatan kepada kita menyusun, mengatur dan merancang aktiviti persatuan pada masa akan datang.
Antara objektif mesyuarat kita ialah:
- Menghimpunkan semula keturunan Orang Kaya Haji dari seluruh negeri Pahang.
- Memupuk hubungan silaturrahim dan mengukuhkan tali persaudaraan di kalangan ahli keturunan.
- Membentuk senarai AJK persatuan yang sah.
- Menyampaikan maklumat-maklumat berhubung aktiviti Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji, objektif dan matlamat penubuhan, hala tuju dan semangatnya.
- Mendapatkan mandat dan kepercayaan ahli waris keturunan terhadap AJK yang dipilih.
- Merangka pelan dan perancangan bersama bagi menggerakkan lagi persatuan dalam bentuk usul dan cadangan.
- Menyemarakkan semula semangat berhimpun dan berpersatuan di kalangan ahli keturunan Orang Kaya Haji.
- Dong
- Ulu Dong
- Gali
- Budu, Benta
- Lancang
- Sega
- Bukit Betong
- Telang
- Padang Tengku
- Relong
- Binjai
- Kuala Medang
- Sungai Temau
- Batu Malim
Senarai yang dinyatakan ini hanyalah di sekitar Raub dan Lipis sahaja. Namun begitu saya yakin dan percaya, ada lagi kawasan lain yang belum dikenalpasti dan disenaraikan. Oleh hal yang demikian, saya bermohon kerjasama nenda, ayahanda dan bonda serta kekanda agar dapat memaklumkan kepada JK persatuan ini nanti, kawasan-kawasan yang tidak dinyatakan tadi semoga tiada waris Orang Kaya Haji yang tidak tersenarai di dalam persatuan ini. Kita berusaha menggabungkan mereka, namun jika waris keturunan ini yang tidak mahu digabungkan, itu adalah di luar upaya kita. Walau bagaimanapun, saya yakin dan percaya nenda, ayahanda, bonda, kekanda serta adinda yang hadir pada hari ini adalah waris yang sudi bersama-sama kita menjayakan usaha menubuhkan persatuan ini sebagaimana yang dihasratkan.
Di kesempatan ini, ingin saya mengungkapkan kata-kata Jimmy Carter iaitu Presiden Amerika kepada rakyatnya, “Jangan anda tanya apa yang negara dapat sumbangkan kepada anda tetapi anda tanyalah kepada diri anda apa yang anda dapat sumbangkan untuk negara. Dalam usaha mewujudkan persatuan Keturunan Orang Kaya Haji ini, maka kita tanyalah diri kita, apakah sumbangan yang dapat kita berikan bagi menjayakan usaha ini. Sama ada sumbangan tenaga, masa maupun wang ringgit. Semoga kita sentiasa bersama di masa susah sekarang dan juga di masa senang akan datang.
Marilah kita bergabung tenaga dan bersatu dalam usaha membangunkan keturunan ini supaya kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan Orang Kaya Haji bukan hanya tinggal dalam sejarah, namun dapat diteruskan kesinambungannya oleh waris keturunannya hingga ke akhir zaman. Harapan kita semoga majlis ini dapat menjadi perangsang kepada usaha kita seterusnya, bergabung dalam satu kesatuan yang mantap dan kukuh, menghimpunkan dana yang besar yang boleh dimanfaatkan bersama oleh waris keturunan ini.
Di kesempatan ini, saya sekali lagi merakamkan ucapan jutaan tahniah dan terima kasih di atas komitmen, sumbangan dan kesungguhan semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga ianya dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu budaya baru dalam senario kehidupan umat Melayu.
Semangat berhimpun perlu disemarak dan diteruskan semula dalam usaha menyatukan keturunan ini. Mengerakkan usaha ini bukan satu yang mudah. Justeru ini memerlukan komitmen dan kesungguhan yang kuat di kalangan ahli jawatankuasa. Malah ia amat mengharapkan bantuan dan sokongan daripada semua pihak sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Segala pengorbanan dan usaha serta kegigihan semua pihak dalam menjayakan usaha murni ini amat dihargai dan disanjung tinggi. Semoga Allah memberkati dan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha yang sedemikian. Amin, Ya Rabbal 'Alamin.
Sejauh mana kita berpisah, sebeza mana nama kita dilafazkan dan digelar, ianya tetap satu dalam kenangan Orang Kaya Haji.
Salam Hormat,
Wan Jamaludin Wan Bidin
Pengerusi
Persatuan Keturunan Orang Kaya haji Pahang (PERKAYA)
19 Ogos 2007
TERIMA KASIH SEMUA KERANA MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA PERKAYA
Friday, July 20, 2007
CADANGAN PENUBUHAN YAYASAN ORANG KAYA HAJI
Luahkan hasrat anda berhubung cadangan penubuhan yayasan ini melalui undian yang disediakan di laman web ini. Luahan pandangan anda amat dihargai.
Wednesday, July 18, 2007
PENSEJARAHAN PAHANG: SUATU “VACUUM” YANG BELUM TERISI – Bahagian Pertama
Wan Jamaludin Wan Bidin
Sejarah merupakan catatan-catatan peritiwa yang berkaitan dengan diri, kelompok masyarakat, negara maupun sesebuah budaya. Ia merupakan sebahagian daripada minit-minit peristiwa yang berlaku di sesuatu ketika atau zaman yang sempat atau patut dirakamkan oleh pencinta sejarah. Ia amat penting malah mampu menghubungkan titik-titik di masa lampau dengan masa kini seterusnya menyediakan penyelesaian masalah untuk masa-masa akan datang.[1] Dalam mengungkapkan persoalan apa itu sejarah?,E.H. Carr menjelaskan,
(...ia merupakan proses interaksi yang berterusan di antara sejarawan dengan fakta sejarahnya, juga merupakan bicara yang tiada berkesudahan di antara masa sekarang dengan masa lampau...[pen])
Namun di atas kelemahan dan ketidakupayaan manusia serta keterbatasan masa, ruang dan peluang, maka tidak semua peritiwa yang berlaku dicatat serta dirakamkan. Perakam peristiwa sejarah tidak mampu mencatat semua perkara.[3] Malah catatan sejarah itu sebenarnya hanyalah merupakan intisari daripada apa yang sebenarnya berlaku pada sesuatu masa di samping cuba menjawab persoalan “mengapa ianya berlaku”. [4]
Oleh hal yang demikian tidak mustahil masih ada penceritaan sejarah yang benar dan sahih yang belum sempat dirakamkan dalam bentuk dokumentasi yang mudah ditatap umum. Ia terpinggir, terbiar, tidak diendahkan seterusnya terlepas daripada kajian ahli sejarah. Akhirnya ia terus hilang ditelan masa, pergi bersama pembawa cerita sejarah itu sendiri dan seterusnya dilupakan. Begitulah yang berlaku kepada semua penceritaan sejarah seumpama ini dalam penceritaan sejarah dunia umumnya dan sejarah negara khususnya. Sehubungan dengan ini, Sejarah Pahang termasuk kisah Seri Maharaja Setia Raja Wan Daud bin Wan Pahang atau Orang Kaya Haji tidak terlepas daripada fenomena tersebut.
Persejarahan Negeri Pahang yang bersumberkan Seri Maharaja Setia Raja atau keturunannya adalah amat kurang malah mungkin tiada langsung. Namanya hilang di tengah-tengah pengagungan sumbangan Maharaja Perba Jelai atau Tok Raja terhadap sultan. Wal hal kedua-dua tokoh ini mewarisi dua gelaran yang begitu besar di sisi Sultan Pahang ketika itu terutama selepas tamat Perang Pahang selama enam tahun (1857 – 1863). Malah penguasaan dua tokoh ini di kedua-dua tebing Sungai Jelai sentiasa tercatat di dalam sejarah. Itulah hakikat sejarah yang telah tertulis.
Dua gelaran besar ini adalah bermula pada masa Wan Muhammad (Tun Wok) bin Tun Abdul Latif yang digelar sebagai Maharaja Perba Jelai “Raja Tanah Ulu” membahagikan pusakanya kepada dua puteranya iaitu Wan Pahang dan Wan Ideris pada 1224H bersamaan 1809M. Wan Pahang digelar sebagai Seri Maharaja Perba Jelai, memegang hukum syarak dan kurnia pusaka di sebelah kiri mudik Sg. Jelai dari Tanjung Lindung hingga ke puncak air meleleh. Wan Ideris digelar sebagai Indera Maharaja Perba Jelai, memegang hukum adat dan dikurnia pusaka di sebelah kanan mudik Sg. Jelai dari Tanjung Lindung hingga ke puncak air meleleh. Mengikut perjanjian pusaka itu, barang sesiapa menjadi Maharaja Perba Jelai, pusaka Seri Maharaja atau Indera Maharaja tidak boleh dijual dan tidak boleh digadai selagi ada bulan bintang dan selagi ada kuasa raja-raja. Hakikat pembahagian dua tanah ini telah diakui sendiri oleh al-Marhum Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai, Tok Raja Wan Badiuzzaman bin Wan Ali dalam surat yang diutuskannya kepada waris Orang Kaya Haji iaitu Wan Bidin b. Wan Idris. Bersambung...
[1] E.H.Carr, What is history?, (R.W.Davies(ed), Penguin Book: London, Second Edition, 1987, hal.7; lihat juga George Clark, Cambridge Modern History: It Origin, Autorship and Production, 1907, hal. 10 – 12.
[2] Ibid, hal. 30.
[3] Semua pengkaji sejarah mengakui bahawa sejarah merupakan rumusan atau kesimpulan kepada sesuatu peritiwa, kerana adalah mustahil penulis sejarah mencatat setiap minit yang berlaku dan setiap peritiwa yang dilaluinya. Semua bentuk kajian bukan hanya sejarah memang mempunyai keterbatasan masing-masing; lihat Keith F Punch, Introduction of Social Research – Quantitative & Qualitative Approaches, London: SAGE Publications, hal. 105; Lihat juga Miles and Huberman, Qualitative Data Analysis, 2nd edn. Thousand Oaks, CA: Sage, hal. 27.
[4]E.H. Carr, ibid. Hal. 87.
Thursday, July 12, 2007
Pendaftaran Ahli Waris Keturunan Orang Kaya Haji Pahang (PERKAYA)
- Rosely bin Manah (S/U Penaja) - 019-3300256 (Wakil Budu/Benta)
- Yahya Jamaludin (Pen. S/U Penaja) - 019-9873886 (Wakil Lancang)
- Abd. Aziz Othman (Bendahari Penaja) - 019-9766594 (Wakil Lancang)
- Tengku Syahadan (AJK penaja) - 013-9272251 (Wakil Dong/K.Dong)
- Wan Fauziah Wan Bidin (AJK Penaja) - 019-9475870 (Wakil Bukit Betung/Dong)
- Tengku Abd Rahman (AJK Penaja) - 09-3697173 (Wakil Dong/Raub/Batu Talam)
- Wan Zahidi (AJK Penaja) - 013-9270853 (Wakil U.Dong/Raub/Dong)
- Wan Rosli (AJK Penaja) - 09-3291061/019-3062933 (Wakil Lipis)
- Penghulu Wan Hamdan (AJK Penaja) - 019-9647705 (Wakil Gali/ Dong/Raub)
- Penghulu Hj Saat (AJK Penaja) - 09-2803997 (Wakil Lancang)
- Tengku Isa (AJK Penaja) - 019-9182263 (Wakil Dong/Sega/Lipis)
- Penghulu Azizi (AJK Penaja) - 013-9272128 (Wakil Bentong)
Wakil-wakil persatuan daripada Jerantut, Kuantan, Maran, Chenor Bukit Betung dan Pekan adalah diminta menghubungi wakil-wakil di atas bagi membantu mengedarkan borang-borang berkenaan.
Selain daripada wakil-wakil di atas, waris keturunan Orang Kaya Haji juga boleh mendapatkan borang berkenaan dengan menghantar email kepada wanjamaludinmsdc@gmail.com dengan disertakan butiran berikut:
- Nama
- No. K.P Baru dan lama
- Alamat Tempat tinggal dan alamat pos
- Pekerjaan
- Alamat tempat bertugas
- No Telefon Rumah, Pejabat dan Telefon Bimbit
- Nama Pasangan (Jika telah berkahwin)
- Nama anak-anak (jika ada)
- Nama Datuk dan Moyang (jika diperolehi)
Marilah kita bersama-sama semarakkan perhimpunan ini dan membentuk persatuan yang kuat dan mantap serta mampu membangunkan anak generasi kita pada masa akan datang. Selamat Berhimpun!