Bismillahir Rohmanir Rohim. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrofil Anbiya i Wal Mursalin Wa ‘Ala Alihi Wa Sohbihi Ajma’in. Assalamualaikum w.b.t.
Segala pujian bagi Allah Yang Maha Esa kerana dengan rahmat dan InayahNya Mesyuarat Agung Kali Pertama ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. Moga Allah terus memberi kekuatan kepada kita menyusun, mengatur dan merancang aktiviti persatuan pada masa akan datang.
Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga memang selayaknya ditujukan kepada seluruh ahli jawatankuasa penaja dan ahli JK kerja yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Tanpa usaha dan pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit seumpama ini, mesyuarat ini tidak mungkin dapat dilaksanakan. Terima kasih juga ditujukan khas kepada pihak pentadbir sekolah yang sudi menerima kehadiran kita di sini. Penerimaan pihak sekolah terhadap aktiviti kita di sini adalah lambang keperihatinan pihak sekolah terutama Yang Berusaha Puan Pengetua kepada sejarah kewujudan Orang Kaya Haji di Lipis ini yang namanya dirakam indah sebagai nama sekolah ini sendiri. Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan lagi pada masa masa akan datang. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung maupun tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat kita pada kali ini. Juga ditujukan kepada seluruh ahli keluarga waris keturunan Orang Kaya Haji yang hadir pada mesyuarat kali ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan seisi keluarga adalah lambang penyatuan keluarga kita dalam usaha kita memajukan keturunan ini pada masa-masa akan datang. Bagi ahli keluarga yang tidak dapat hadir, yakin dan percayalah, bahawa sebenarnya mereka tetap bersama kita namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan mereka tidak dapat menghadirkan diri pada kali ini. “Air dicincang takkan putus”. Begitulah pepatah melayu kita menyebut.
Hasrat menghimpunkan keturunan ini telah lama diusahakan sejak berpuluh tahun lamanya. Manakala usaha-usaha penyatuan semula keluarga telah dimulakan sejak tahun 2002 lagi. Berkat usaha tak kenal jemu dan lelah, akhirnya ia telah direalisasikan pada 19 Jun 2005 sebagai satu perhimpunan besar keluarga yang dipanggil sebagai Perhimpunan Perdana 2005 yang amat besar ertinya kepada kita semua. Penyatuan semula keturunan ini tidak dibiarkan sepi begitu sahaja. Semenjak dari itu usaha untuk mendaftarkan persatuan keluarga ini telah dijalankan di samping semarak berhimpun keturunan ini diteruskan juga. Beberapa perhimpunan terus dijalankan sebelum ini sempena aidil Fitri dan Aidil Adha. Al-Hamdulillah, akhirnya pada penghujung tahun 2006 atau lebih tepat lagi pada 26 Disember 2006, persatuan ini telah disahkan pendaftarannya oleh Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pahang dengan nama Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji Pahang atau ringkasnya PERKAYA. Tahniah kepada semua ahli JK Penaja atas daya usaha tersebut sehingga akhirnya hasrat mendaftarkan secara sah persatuan ini telah terlaksana. Maka pada hari ini, di pagi yang mulia ini kita berhimpun dan bersatu dalam satu mandat dan satu tekad ke arah kemajuan kita bersama. Inilah flatform, inilah saluran yang betul dan tepat bagi merangka strategi demi kemajuan keturunan kita pada masa akan datang. Persatuan keluarga yang sah perlu digerakkan dan dimajukan serta disokong oleh semua waris keturunan kita tanpa berbelah bagi.
Dalam usaha kita membentuk persatuan ini, kita telah menyediakan satu bentuk perlembagaan persatuan yang dirasakan cukup sempurna yang boleh digunakan sekurang-kurangnya untuk tempoh 50 tahun. Namun begitu kita memerlukan kepakaran dan idea bagi memantapkan lagi perlembagaan ini agar ianya benar-benar dapat menjamin dan memelihara keutuhan dan keharmonian serta menjaga kepentingan kita bersama dengan telus, tulus dan terurus.
Justeru, mesyuarat kali pertama ini diharap dapat menghimpunkan idea dan pandangan di samping membentuk JK persatuan yang mantap yang bersedia menyumbangkan sepenuh tenaga dan buah fikiran ke arah kemajuan anak waris keturunan kita sendiri. Siapa lagi yang perlu kita harapkan bagi menjayakan misi, visi dan wawasan kita kalau bukan kita sendiri.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Sesungguhnya menghimpunkan sejumlah besar keluarga yang dianggarkan antara 5 hingga 6 keturunan ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Walaupun mesyuarat ini agak lewat diadakan, namun ianya dirasakan cukup bermakna bagi kita supaya budaya berhimpun dan berkumpul terus bersemarak di dalam hati dan sanubari kita. Sebab itulah tema “AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS” dipersetujui untuk dijadikan tema perhimpunan kita pada kali ini. Ia adalah satu tema yang dianggap amat sesuai dan tepat dengan masanya, serta amat berkesan untuk meneruskan budaya yang murni ini.
Antara objektif mesyuarat kita ialah:- Menghimpunkan semula keturunan Orang Kaya Haji dari seluruh negeri Pahang.
Memupuk hubungan silaturrahim dan mengukuhkan tali persaudaraan di kalangan ahli keturunan.
Membentuk senarai AJK persatuan yang sah.
Menyampaikan maklumat-maklumat berhubung aktiviti Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji, objektif dan matlamat penubuhan, hala tuju dan semangatnya.
Mendapatkan mandat dan kepercayaan ahli waris keturunan terhadap AJK yang dipilih.
Merangka pelan dan perancangan bersama bagi menggerakkan lagi persatuan dalam bentuk usul dan cadangan.
Menyemarakkan semula semangat berhimpun dan berpersatuan di kalangan ahli keturunan Orang Kaya Haji.
Dalam usaha menghimpun waris keturunan ini, pihak jawatankuasa penaja Persatuan Orang Kaya Haji Lipis atau PERKAYA telah mengenalpasti beberapa kawasan yang ada waris keturunan ini. Iaitu;Dong
Ulu Dong
Gali
Budu, Benta
Lancang
Sega
Bukit Betong
Telang
Padang Tengku
Relong
Binjai
Kuala Medang
Sungai Temau
Batu Malim
Senarai yang dinyatakan ini hanyalah di sekitar Raub dan Lipis sahaja. Namun begitu saya yakin dan percaya, ada lagi kawasan lain yang belum dikenalpasti dan disenaraikan. Oleh hal yang demikian, saya bermohon kerjasama nenda, ayahanda dan bonda serta kekanda agar dapat memaklumkan kepada JK persatuan ini nanti, kawasan-kawasan yang tidak dinyatakan tadi semoga tiada waris Orang Kaya Haji yang tidak tersenarai di dalam persatuan ini. Kita berusaha menggabungkan mereka, namun jika waris keturunan ini yang tidak mahu digabungkan, itu adalah di luar upaya kita. Walau bagaimanapun, saya yakin dan percaya nenda, ayahanda, bonda, kekanda serta adinda yang hadir pada hari ini adalah waris yang sudi bersama-sama kita menjayakan usaha menubuhkan persatuan ini sebagaimana yang dihasratkan.
Di kesempatan ini, ingin saya mengungkapkan kata-kata Jimmy Carter iaitu Presiden Amerika kepada rakyatnya, “Jangan anda tanya apa yang negara dapat sumbangkan kepada anda tetapi anda tanyalah kepada diri anda apa yang anda dapat sumbangkan untuk negara. Dalam usaha mewujudkan persatuan Keturunan Orang Kaya Haji ini, maka kita tanyalah diri kita, apakah sumbangan yang dapat kita berikan bagi menjayakan usaha ini. Sama ada sumbangan tenaga, masa maupun wang ringgit. Semoga kita sentiasa bersama di masa susah sekarang dan juga di masa senang akan datang.
Marilah kita bergabung tenaga dan bersatu dalam usaha membangunkan keturunan ini supaya kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan Orang Kaya Haji bukan hanya tinggal dalam sejarah, namun dapat diteruskan kesinambungannya oleh waris keturunannya hingga ke akhir zaman. Harapan kita semoga majlis ini dapat menjadi perangsang kepada usaha kita seterusnya, bergabung dalam satu kesatuan yang mantap dan kukuh, menghimpunkan dana yang besar yang boleh dimanfaatkan bersama oleh waris keturunan ini.
Di kesempatan ini, saya sekali lagi merakamkan ucapan jutaan tahniah dan terima kasih di atas komitmen, sumbangan dan kesungguhan semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga ianya dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu budaya baru dalam senario kehidupan umat Melayu.
Semangat berhimpun perlu disemarak dan diteruskan semula dalam usaha menyatukan keturunan ini. Mengerakkan usaha ini bukan satu yang mudah. Justeru ini memerlukan komitmen dan kesungguhan yang kuat di kalangan ahli jawatankuasa. Malah ia amat mengharapkan bantuan dan sokongan daripada semua pihak sama ada secara langsung maupun tidak langsung. Segala pengorbanan dan usaha serta kegigihan semua pihak dalam menjayakan usaha murni ini amat dihargai dan disanjung tinggi. Semoga Allah memberkati dan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha yang sedemikian. Amin, Ya Rabbal 'Alamin.
Sejauh mana kita berpisah, sebeza mana nama kita dilafazkan dan digelar, ianya tetap satu dalam kenangan Orang Kaya Haji.
Salam Hormat,
Wan Jamaludin Wan Bidin
Pengerusi
Persatuan Keturunan Orang Kaya haji Pahang (PERKAYA)
19 Ogos 2007
2 comments:
Assalammualaikum,
Maaf En.wan.
Saya nak komen sikit ttg mencari galor ni..
Berdasarkan penelitian saya.
Kadang2 kita terlalu fokoskan kepada satu keturunan saja.Ini akan akan membuat kita menemui jalan buntu..
Cuba kita tak Fokuskan kepada keturunan.kita fakuskan kepada persaudaraan..maksud saya siapa saudara kita di Budu cthnya..kita jejaki mereka dan bertanya kepada mereka bagai mana persaudaraan itu terjadi..berbekalkan maklumat yg kita ade kita bandingkan dan baru lah kita buat kesimpulan..
Berkenaan org Kaya Haji..Sejarah ade mengatakan beliau membina rumah gedang di Tanjung Tualang Budu.,dimanakah tapak rumah tersebut..
Dikg saya ade tempat yg di beri nama Tg. Tualang,tapi ianya sebuah tapak perkuburan.Kesimpulan saya mudah je..Rumah gedang tersebut adalah tapak perkuburan yg akan di ganakan untuk pengkebumian sahabat2 dan saudaranya yg akan terkorban menentang penjajah.
Tujuan saya menulis ni bkn nak menidakan keturunan Org Kaya Haji tapi menyampai kan sesuatu bagi membuka yg tersirat.
Org2 tua kita dulu membuat ikatan persaudaran yg amat akrab hingga kita begitu sukar merungkainya bagi mempertahan tanah airnya.
Fikir2 kan lah
3The same applies to you Tape drives should be kept as far away from contaminants as possible; for example, they shouldn't be placed directly on the carpet or kept in dusty environmentsI therefore propose an experiment
) who are struggling to build their practices KasperSee Catherine Kasper's dynamic new book, Angelic Abundance Treasure Maps: Discover the Wealth Within You, at her web site for powerful revelations on wealth and prosperity I suppose that those of you who suffer from the effects of anxiety are glad to hear that you are not aloneThe Christians that get saved after the Rapture are going to be martyred, but God seems to be keeping their deaths separate from the deaths talked about in this seal judgment
[url=http://www.authenticnikefalconsshop.com/matt-ryan-jersey-for-sale-c-15_18.html]Cheap Matt Ryan Jersey[/url]
[url=http://www.authenticnikefalconsshop.com/][/url]
[url=http://www.authenticnikefalconsshop.com/michael-turner-jersey-for-sale-c-15_20.html]Michael Turner Jersey[/url]
Post a Comment