Thursday, October 9, 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1429H/2008M

Persatuan Keturunan Otrang Kaya Haji telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi Tahun 1429H bersamaan 2008M pada 4 Oktober yang lalu.

Friday, May 30, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU AHMAD IZWAN DAN NORIZAN

Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji Pahang dan seluruh isi keluarga mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Ahmad Izwan bin Abd Jalil dan pasangan beliau Norizan bt Abu Bakar yang melangsungkan perkahwinan pada 31 Mei 2008 di Kg Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Berita Selanjutnya di sini...

Friday, May 16, 2008

PENSEJARAHAN PAHANG: SUATU “VACUUM” YANG BELUM TERISI – Bahagian Kedua

Wan Daud mewarisi Seri Maharaja Perba Jelai daripada ayahandanya Wan Pahang b. Wan Muhammad (Tun Wok) selepas kematian ayahandanya pada 1857, manakala Wan Muhammmad (Wan Mamat) mewarisi gelaran Indera Maharaja Perba Jelai daripada ayahandanya Wan Ideris b. Wan Muhammad (Tun Wok) selepas kematian ayahandanya pada 1882. Walaupun gelaran Seri Maharaja Perba Jelai dan pusakanya ini tidak pernah dikenang dan dicatat sejarah, namun hakikat berhubung kewujudannya diakui pemegang kurnia Indera Maharaja Perba Jelai sebagaimana surat yang dinyatakan sebelum ini. Artikel Selanjutnya....

Thursday, May 15, 2008

MESYUARAT AGUNG KALI KE-2 TAHUN 2008

Assalamualaikum w.b.t,

Pejam celik pejam celik sudah hampir setahun berlalu. Begitulah pantasnya masa beredar meninggalkan kita. Kenangan yang dirasakan baru semalam, telah berlalu hampir setahun rupanya. Begitulah perjalanan peristiwa penubuhan persatuan keturunan ini.
Berita Selanjutnya di sini.

Wednesday, January 9, 2008

PERSOALAN AMALAN SUNAT DI BULAN MUHARRAM

Banyak persoalan berhubung amalan sunat di Bulan Muharram

Dalam kitab I‘anatut Thalibin, salah satu kitab yang banyak digunakan dalam mazhab Asy-Syafi‘iyyah, pada jilid 2 hal 267, disebutkan bahwa memang banyak amal-amal yang sering dilakukan pada momentum bulan Muharram. Namun penyusun kitab ini mengatakan bahwa hanya dua saja yang memiliki dasar kuat yaitu sunat puasa dan meluaskan belanja (yakni banyakkan bersedekah dan berinfak). Sedangkan selebihnya kebanyakan hadisnya adalah dhaif dan sebahagian lagi mungkar maudhu‘. Artikel selanjutnya di sini...

Tuesday, January 8, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 1429 HIJRAH

Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.